Saturday, October 20, 2018

MAJLIS MERAIKAN USAHAWAN 20,000-60,000 SALES TERKUMPUL

Harini tema throwback sikit, kisah sebulan lepas. Masa ni Cikgu Murni diraikan dalam majlis yang grand yakmatt! Majlis SM/SSM Award ni untuk meraikan usahawan yang siap pangkat pertama dalam bisnes bersama Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM) ni. 

Usahawan-usahawan yang layak memegang title Sales Manager (SM) dan Senior Sales Manager(SSM) ni perlu siap 20,000 hingga 60,000 jualan terkumpul.

Ni first time Cikgu Murni attend event bersama SHOM ni sebenarnya. Memang happening gila. Tak sangka pulak. Ingat event dia biasa-biasa je. Rupanya aura dia memang luar biasa. Patut la mentor selalu cakap yang kita kena datang untuk amik aura masa grand event company buat ni. 

Syukur Alhamdulillah, tak sangka sebenarnya mampu bertahan dengan bisnes ni sampai siap pangkat pertama ni. Sebab dulu masa mula-mula start bisnes ni, takde bayangkan pon yang diri sendiri mampu siapkan puluhan ribu sales ni.

Bukan senang nak buat sales 5 angka ni. Tapi ianya tak mustahil! Asalkan ada usaha dan ada mentor untuk kita rujuk setiap gerak kerja kita. Jack Ma pernah cakap yang "You don't need the best person. You just need the right person". Haa, gitu lah lebih kureng bunyinya. Hihi.

Ada beberapa benda yang buat Cikgu Murni sayang sangat dengan bisnes dengan SHOM ni. Ni antara sebab-sebab kenapa Cikgu Murni pilih untuk bisnes dengan SHOM:


1) Produk-produk SHOM ni Subhanallah, memang terbaik

Bukan produk yang cincai-cincai research atau R&D sebulan dua, papp! terus keluar dekat pasaran. NO! Produk SHOM memang sungguh take time untuk dilepaskan ke pasaran. Semua ni untuk pastikan kualiti dan keberkesanan produk-produk SHOM adalah pada tahap yang terbaik.

Untuk pastikan sesuatu produk yang dihasilkan tu sangat berkesan dan selamat, banyak modal nak kena keluar sebenarnya. Dan syukur SHOM adalah sebuah syarikat yang sangat kukuh dan mampu untuk invest jutaan ringgit dalam menghasilkan produk-produk yang berkualiti.


2) Rangkaian produk-produk yang lengkap untuk kegunaan seisi rumah dan seisi keluarga.

Mula-mula Cikgu Murni terjebak dengan bisnes SHOM ni, asalnya jadi member untuk beli Minkaffe atau kopi garam buluh dia, untuk kegunaan sendiri je. Takde niat nak buat bisnes sangat pon. 

Tapi disebabkan agent SHOM yang Cikgu Murni orde Minkaffe tu (now she is my MENTOR) offer untuk ajarkan strategi bisnes secara FREE, so kita angguk jela kan. Orang nak bagi ilmu FREE kot. Tak patut ditolak kan. Ilmu tu kan satu bentuk rezeki jugak kan. Cikgu Murni start dengan beberapa kotak Minkaffe je masa tu. Alhamdulillah, hari ni dah berjaya siapkan sales 5 angka!

Sejak dari situ, Cikgu Murni cuba study sikit-sikit pasal produk-produk SHOM yang lain selain dari Min Kaffe ni je. Baru lah Cikgu Murni tau yang SHOM ni ada banyak gila jenis produk. Start dari produk minuman dan makanan, makanan bernutrisi, produk penjagaan diri, produk penjagaan rumah dan kereta, produk kosmetik, baja tanaman sehinggalah kepada pakaian dalam premium.

Bayangkan, biasa bulan-bulan pegi belanja dekat pasaraya beli sabun basuh pinggan mangkuk, sabun cuci tandas, sabun mandi, syampu, kopi, teh dan yang seangkatan dengannya. Sekarang semua benda tu boleh beli dekat stokis SHOM je. Beli untuk kegunaan sendiri pon, tengah bulan SHOM bagi jugak bonus untuk apa yang kita dah belanjakan tu. Untung sangat kan. Itu baru untuk kegunaan sendiri. Kalau rajin ringankan mulut share kebaikan produk dengan kawan-kawan, dapat pulak untuk runcit+bonus kat situ kan. 

Nak apa lagi, supplement kesihatan? Jamu awet muda? cakap je, semua SHOM dah provide. Sampaikan korset yang jadi feveret artis-artis sekarang pon SHOM yang keluarkan. Tu lah dia Premium Beautiful. Fazura dan pakai, Nora Danish pon dah pakai. Ramai la yang pakai. Cikgu Murni pon tak percaya yang cikgu Murni mampu pakai korset level-level artis tu, asbab dari bisnes suka-suka denga SHOM ni. 


3. Bonus dan untung runcit.

Setiap dari produk yang dijual, ada margin untung runcit yang company dah tetapkan. Maksudnya, kita beli dari stokis dengan harga ahli, dan kita jual ikot harga pasaran. So adalah untung runcit untuk agent dekat situ kan. 

Setiap 11 haribulan pulak, company akan masukkan terus ke dalam account setiap ahlinya, bonus yang kita dapat bulan tu. Bonus tu bergantung pada banyak mana sales kita bulan tu. Lagi banyak sale, lagi masyuk la uolss.


4. Mentor yang sentiasa sedia memberi tunjuk ajar.

Apa-apa bisnes sekalipon, memang nak kena ada mentor atau guru yang boleh bimbing kita. Mentor ni lah yang akan bagitau kita apa yang kita kena buat, apa yang kita tak boleh buat. Sebab semuanya dia dah rasa dulu dari kita. So, dia jatuh hukum wajibul ghunnah untuk ada mentor dalam bisnes ni. Lagi-lagi untuk orang yang baru mula berniaga.

Kalau dekat luar, nak cari mentor yang sudi pimpin tangan kita siang malam, memang kena keluar lah modal 4-5 angka uols. Sebab air liur mentor ni macam emas dan berlian. Apa yang dia sebut, kalau kita kutip sebijik-sebijik memang boleh jadi duit satu hari nanti. Sebab tu lah pengerasnya mahal. 

Tapi nak cakap, Cikgu Murni dapat semua emas berlian tu FREE je! Tu yang tanak cakap banyak, bila mentor hulur tangan nak bimbing, Cikgu Murni grab laju-laju. So, itulah rahsianya macam mana Cikgu Murni mampu buat sampai siap sales 5angka dan genggam pangkat pertama dalam bisnes ni. 


Eh, terpanjang pulak ceramah hari ni. Ampunn ampunn!

Meh lah kita layan sekejap gambar-gambar masa event SM/SSM hari tu. Jangan muntah pulak tengok gambar kami acah-acah jadi model ni. Dari pose setegak kayu, jadi pandai la pose acah-acah model baru nak up. Thanks to Mr. Photographer untuk gambar-gambar superb ni. Nak hire photographer sendiri memang koyak la jugak kan poket. Tapi sebabkan team Cikgu Murni ni super duper best, secara tak sengajanya dapat lah kami posing dengan khidmat Official Photographer yang super talented ni. Ok jum layanggg.




Ni team Cikgu Murni yang super awesome!



Ni lah dia mak biz Cikgu Murni. Tengok macam mana erat dia genggam tangan Cikgu Murni, macam tu jugak lah genggaman beliau untuk bantu Cikgu Murni siapkan pangkat demi pangkat dalam bisnes ni. Thank you sifu. Laff youuu!



Ni lepas turun stage, mentor tunggu sambut bawah stage.



Spread the love!



Nampak tak beg kuning yang Cikgu Murni pegang tu? Tu paperbag Poh Kong. Haa, ni mak biz bagi reward loket emas 916 okay. Apa lagi mau, bonus dapat, emas dapat. Alhamdulillah.


Dekat tangga pon boleh. Asal Photographer kebabom!














Okeh. Sekarang Cikgu Murni nak menjemput sesiapa yang berminat untuk bersama-sama dalam team hebat kami. Modal utama yang diperlukan adalah modal kerajinan bebeh.

Ye lah, sambil sesaja duk scroll FB tu kan, ada baiknya jugak scroll dengan ilmu personal branding. Sambil-sambil main fesbuk, sambil-sambil bank rimau mengaum. Takdelah duk buang masa je main FB kan. 

Yang berminat nak sertai kami boleh whatsapp Cikgu Murni dekat nombor kat bawah ni tau. Nanti boleh tanya lebih detail apa yang u all nak tau. 

013-5919520



1 comment:

  1. bisnes online 2018

    bisnes online tanpa modal

    bisnes online yang menguntungkan

    bisnes online dari rumah

    bisnes online tanpa modal 2018

    bisnes online paling laris

    bisnes online mudah

    ReplyDelete